WHO bimbang dengan EURO 2020 - Utusan Malaysia

WHO bimbang dengan EURO 2020

PENONTON bersorak pada perlawanan Kumpulan F EURO 2020 antara Hungary dan Perancis di Puskas Arena, Budapest pada 19 Jun lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan beberapa negara Eropah menganjurkan EURO 2020 yang melonggarkan sekatan Covid-19.

Pengarah Eksekutif Pejabat Wilayah WHO untuk Eropah, Robb Butler berkata, situasi itu berikutan sebahagian besar negara tersebut merekodkan lonjakan kes jangkitan Covid-19.

“WHO amat bimbang dengan tuan rumah yang melonggarkan sekatan Covid-19.

“Kami dapati beberapa stadium yang mengadakan perlawanan itu akan membenarkan kehadiran penonton yang melebihi had sepatutnya,” katanya menerusi emel kepada AFP.

WHO bagaimanapun tidak mendedahkan nama bandar yang mengambil tindakan sedemikian.

Namun, United Kingdom (UK) semalam mengumumkan akan membenarkan lebih 60,000 penonton untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir dan akhir di Stadium Wembley di London.

Sebelum ini, negara itu hanya membenarkan kehadiran sebanyak 40,000 penonton untuk menyaksikan perlawanan tersebut iaitu membabitkan kira-kira 50 peratus kapasiti di stadium.

Pengumuman terbaharu itu menyaksikan peningkatan 75 peratus kapasiti penonton bagi tiga perlawanan terakhir dengan perlawanan akhir akan berlangsung 11 Julai depan.

KES COVID-19 MENINGKAT

Menurut Butler, kes Covid-19 dilaporkan semakin meningkat di beberapa bandar yang menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Eropah UEFA 2020.

Justeru, WHO menggesa bandar yang menganjurkan perlawanan di kawasan masing-masing khususnya di lokasi kes Covid-19 yang tinggi untuk bertindak segera.

Sementara itu, UEFA memaklumkan pihaknya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menukar tempat bagi perlawanan separuh akhir dan akhir.

Dilaporkan, UEFA juga dalam perbincangan dengan kerajaan UK untuk memohon melonggarkan sekatan perjalanan bagi membenarkan 2,500 orang kenamaan (VIP) untuk menghadiri perlawanan akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya