Wartawan dipenjara dua tahun di Myanmar - Utusan Malaysia

Wartawan dipenjara dua tahun di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Mahkamah tentera di selatan Myeik hari ini menjatuhkan hukuman penjara terhadap dua wartawan atas kesalahan menyebarkan ‘berita palsu’.

Tertuduh, Aung Kyaw dari Democratic Voice of Burma (DVB) dan Zaw Zaw, wartawan bebas bagi Mizzima News bakal menjalani hukuman penjara selama dua tahun berhubung laporan yang disiarkan itu.

Aung Kyaw membuat siaran langsung semasa dirinya ditangkap merupakan wartawan DVB ketiga akan berdepan hukuman penjara sejak rampasan kuasa tentera di Myanmar.

Junta tentera turut mengenakan sekatan terhadap media dengan menarik lesen beberapa organisasi termasuk DVB dan Mizzima.

Kerajaan junta turut mengenakan sekatan akses internet dan televisyen satelit.

“Junta tentera menahan Aung Kyaw tidak mengikut undang-undang. Ini adalah jelas pencabulan undang-undang negara dan antarabangsa,” kata DVB menerusi kenyataan.

Menurut Mizzima, Zaw Zaw merupakan antara lima pekerjanya yang ditahan sejak rampasan kuasa dan menggesa supaya dia dibebaskan.

“Mizzima yakin kewartawanan dan hak untuk menyatakan pendapat bukan satu jenayah dan semua organisasi media bebas perlu diberikan hak untuk berfungsi di Myanmar,” tegasnya.

Berdasarkan laporan kumpulan pemantauan ASEAN, seramai 87 wartawan ditangkap, manakala 51 lagi masih ditahan termasuk dua wartawan dari Amerika Syarikat. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya