Terbitan akhbar Apple Daily meningkat enam kali ganda selepas diserbu polis - Utusan Malaysia

Terbitan akhbar Apple Daily meningkat enam kali ganda selepas diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Terbitan akhbar Apple Daily dilaporkan meningkat hari ini biarpun selepas 500 anggota polis menyerbu bilik berita, merampas dokumen dan menahan lima pegawai eksekutif semalam.

Antara lima yang ditahan itu termasuk Ketua Pengarang Apple daily, Ryan Law, selain HK$18 juta (RM9.6 juta) aset syarikat akhbar tersebut dibekukan.

Pejabat akhbar berkenaan diserbu bagi melakukan siasatan sama ada artikel yang diterbitkan mengancam keselamatan China atau sebaliknya.

Serbuan itu merupakan kali kedua dilakukan polis selepas menahan taikun media Hong Kong, Jimmy Lai yang merupakan pemilik Next Digital.

Jumlah terbitan akhbar itu meningkat sehingga 500,000 naskhah, iaitu enam kali ganda terbitan semalam.

Kebanyakan pembaca mendesak supaya akhbar itu dipertahankan dan dipelihara sebagai sejarah Hong Kong. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN