Sistem penggera siling kesan individu dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Sistem penggera siling kesan individu dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kumpulan saintis Britain membangunkan sistem penggera yang boleh mengesan jika ada seseorang dijangkiti Covid-19 dalam sebuah bilik.

Peranti yang boleh dipasang pada siling itu sama seperti sistem penggera kebakaran dan mempunyai ketepatan menyamai ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (​RT-PCR).

Sistem itu dijangka dapat memainkan peranan penting untuk mengesan kes jangkitan Covid-19 di dalam pesawat, kelas, pejabat dan rumah penjagaan.

Peranti itu dicipta oleh syarikat yang berpangkalan di Cambridge, Roboscientific dan berfungsi dengan cara mengesan kimia yang dihasilkan oleh kulit atau pernafasan mereka yang dijangkiti Covid-19, sekali gus dijadikan sebagai amaran awal untuk mencegah kemunculan kluster jangkitan.

Ketika ini, alat tersebut diuji oleh saintis di London School of Hygiene and Tropical Medicine dan Universiti Durham.

Kedua-dua tempat itu menunjukkan keputusan ujian yang positif.

Data awal menunjukkan peranti itu boleh beri ketepatan jangkitan Covid-19 antara 98 hingga 100 peratus.

Alat itu boleh mengesan seseorang dijangkiti koronavirus sekiranya mereka mempunyai gejala dengan mengambil masa selama 15 hingga 30 minit untuk menguji tahap udara dalam bilik dan keputusan akan terus dihantar ke telefon pintar atau komputer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya