Seorang pesakit Covid-19 maut akibat varian Delta - Utusan Malaysia

Seorang pesakit Covid-19 maut akibat varian Delta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang pesakit positif Covid-19 disahkan mati akibat varian Delta di Assam.

Lapor India Today, varian Delta ditemukan dalam 77 peratus sampel pesakit yang diuji bagi bulan April dan Mei lalu.

Menteri Kesihatan India, Keshab Mahanta berkata, sejak penularan gelombang kedua pandemik, sebanyak 300 sampel Covid-19 pesakit diambil secara rawak bagi tiga bulan berturut-turut.

Katanya, sampel kemudian dihantar ke Insitut Kebangsaan Bioperubatan Genomik di Kalyani, Bengal Barat.

“Kita sudah mendapat keputusan bagi bulan April dan Mei dan mendapati serta sebanyak 77 peratus dijangkiti varian Delta, sementara, 23 peratus varian Kappa,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai kematian pesakit akibat varian baharu itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN