Sekeluarga maut minum racun, elak dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Sekeluarga maut minum racun, elak dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HYDERABAD: Bimbang dijangkiti wabak Covid-19, sebuah keluarga bertindak membunuh diri sendiri dengan meminum racun di Vaddegeri, Kurnoll, Andhra Pradesh.

Mangsa yang maut ialah Pratap, 42, isterinya Hemalata, 36, anak lelaki, Jayant, 17 dan anak perempuan, Rishita, 14.

Pratap bekerja sebagai tukang baiki televisyen, sementara, Jayant masih belajar di sekolah menengah.

Kejadian disedari oleh jirannya apabila mendapati mereka sekeluarga tidak keluar rumah seperti biasa.

Jiran itu terus membuat laporan polis selepas panggilannya tidak disahut.

Pihak polis menemukan sekeping nota bunuh diri yang menjelaskan mereka sekeluarga berasa tertekan selepas mengetahui tentang kematian kawan dan ahli keluarga terdekat akibat Covid-19.

Disebabkan itu, mereka turut membunuh diri kerana bimbang dijangkiti wabak sama. -AGENSI

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN