UTTAR PRADESH: Seorang lelaki menyaman keluarga mentuanya selepas mengetahui wanita yang dikahwininya sejak dua bulan lalu sebenarnya adalah seorang lelaki transgender.
Lelaki yang tinggal di bandar Kanpur itu membuat laporan polis dan mengemukakan tuntutan saman terhadap keluarga mentuanya yang didakwa sengaja menipu dia dan keluarganya mengenai jantina sebenar isterinya.
Rahsia itu terbongkar selepas lelaki berkenaan membawa ‘isterinya’ menjalani pemeriksaan dengan pakar ginekologi di sebuah hospital.
Pasangan itu berkahwin pada 28 April lalu.
Menurut jurucakap polis, lelaki tersebut mula perasan ada yang tidak kena pada isterinya, terutamanya ketika melakukan hubungan intim.
“Isterinya memberitahu dia mempunyai masalah kesihatan, menyebabkan lelaki itu membawanya berjumpa dengan pakar sakit puan.
“Laporan polis sudah dibuat dan kami akan melakukan siasatan berhubung kes tersebut,” jelas jurucakap berkenaan. – AGENSI










