fbpx

Ratu Elizabeth II akan berjumpa Biden semasa G7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ratu Elizabeth II berkenan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan isterinya, Jill Biden di Istana Windsor, minggu depan.

Istana Buckingham memaklumkan pertemuan itu akan diadakan sempena majlis penutupan sidang kemuncak G7 yang akan dihoskan di Britain.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai pertemuan yang akan diadakan pada 13 Jun depan.

Elizabeth banyak menghabiskan masanya di Istana Windsor yang merupakan istana terbesar dan tertua di dunia sepanjang pandemik Covid-19 melanda.

Pertemuan itu turut merekodkan sejarah sebagai acara rasmi pertama dihadiri Elizabeth sejak kematian mendiang suami, Putera Philip, April lalu.

Biden menjadi Presiden AS ke-13 yang akan mengadakan pertemuan bersama ratu berusia 95 tahun itu.

Britain menjadi tuan rumah persidangan pemimpin G7 di Cornwall, England serta merupakan lawatan pertama Biden ke luar negara sejak mengambil alih White House, Januari lalu, sekali gus menjadi acara diplomatik terbesar dianjurkan sejak penularan wabak. -REUTERS

POPULAR

KOSMO! TERKINI