Polis Israel buru lebih ramai penduduk Palestin - Utusan Malaysia

Polis Israel buru lebih ramai penduduk Palestin

POLIS Israel menahan penduduk Palestin semasa protes menentang pengusiran secara paksa di Silwan, Baitulmuqaddis. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seramai 550 penduduk Palestin sudah diberkas polis Israel dengan 25 peratus daripadanya adalah golongan remaja dan di bawah umur selepas gencatan senjata diumumkan.

Malah, angka itu dilihat akan bertambah dua ke tiga kali ganda dalam tempoh enam ke lapan bulan depan.

Menurut peguam, Nasser Odeh, kebanyakan individu yang ditangkap di Baitulmuqaddis Timur dengan alasan kandungan yang dimuat naik dalam media sosial terutamanya mengenai video mereka mengejek polis Israel.

Katanya, tindakan penangkapan berasaskan alasan itu bukanlah perkara baharu.

“Kita sudah menyaksikannya sejak 2015 hingga 2016 semasa tunjuk perasaan tercetus berikutan remaja Palestin, Mohammed Abu Khdeir yang dibunuh dan dibakar oleh penduduk Israel.

“Selepas Israel melaksanakan undang-undang anti-keganasan 2016, polis Israel mempunyai kuasa untuk menahan penduduk Palestin disebabkan kandungan yang dimuat naik dalam media sosial yang kononnya didakwa sebagai ‘hasutan’ atau mempunyai ‘hubungan dengan kumpulan pengganas’,” katanya.

Sementara itu, Grassroots Baitulmuqaddis iaitu sebuah organisasi dan platform mobilisasi masyarakat, advokasi dan hak Palestin berkata, kebanyakan tahanan akan dibebaskan pada malam hari ditangkap atau dalam tempoh 24 jam tanpa dibawa ke mahkamah.

Malah, sekiranya mahu dibebaskan mereka perlu membayar denda antara AS$154 hingga AS$1,540 (RM635-RM6,353), dikenakan tahanan rumah serta dilarang memasuki ke beberapa kawasan selama beberapa minggu seperti pekarangan Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah.

“Bilangan individu yang ditangkap semakin bertambah menyebabkan kesesakan di Pusat Tahanan Rusia serta pemindahan beberapa tahanan ke pusat tahanan terpencil seperti di Majiddo, utara Palestin.

“Situasi itu hanya menimbulkan kesukaran kepada keluarga dan peguam untuk melawat mereka,” jelasnya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya