Pengantin lelaki bagi mas kahwin bakso goreng - Utusan Malaysia

Pengantin lelaki bagi mas kahwin bakso goreng

PENGANTIN lelaki memberikan bakso goreng sebagai mas kahwin kepada pengantin perempuan. -INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Kisah pasangan pengantin yang melamar isterinya dengan memberikan mas kahwin bakso goreng menjadi tular dalam media sosial.

Tribunnews melaporkan, selain bakso goreng, mas kahwin yang turut diberikan adalah wang tunai 500,000 rupiah (RM144) serta kelengkapan alat solat.

Menurut Adi, bakso itu memang sengaja ditambah ketika bernikah dengan Ami di Purwokerto, Jawa Tengah.

“Kami sudah kenal selama tiga tahun dan sering menghabiskan waktu bersama mencari makanan di tepi jalan.

“Kami mula mengetahui tentang bakso goreng ketika berjalan-jalan di Banjarnegara, Februari lalu,” katanya.

Adi berkata, isterinya sangat suka makanan itu selepas mencubanya buat pertama kali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN