Permainan tradisional elak ketagih gajet

Permainan tradisional elak ketagih gajet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Walaupun teknologi mempunyai manfaatnya, namun penggunaan berlebihan boleh menjejaskan perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak.

Antara kaedah berkesan untuk mengimbangi keadaan itu adalah dengan menggalakkan si kecil bermain permainan tradisional. Ia bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat membina kemahiran hidup.

 

Teng-teng

Lukiskan petak-petak di atas lantai atau tanah menggunakan kapur. Kemudian pemain perlu membaling batu kecil ke dalam salah satu petak dan melompat ke petak lain, tanpa memijak petak yang ada batu tersebut.

Permainan ini membantu kanak-kanak mengawal keseimbangan badan, pergerakan dan fokus.

 

Galah panjang
Melibatkan dua pasukan dengan satu kumpulan menjaga lorong dan satu lagi cuba melepasinya tersebut tanpa disentuh oleh penjaga.
Anak-anak dapat belajar tentang kepantasan berlari, mengatur langkah dengan strategi bijak dan membina kemahiran bekerja dalam pasukan.

 

Batu Seremban
Gunakan lima biji batu kecil atau bantal kecil. Pemain perlu angkat dan tangkap batu mengikut urutan tertentu, tanpa menjatuhkannya. Permainan ini mendidik kesabaran dan tumpuan tinggi.

 

Lompat getah, tali
Melibatkan sekurang-kurangnya tiga pemain dengan dua orang memegang getah, manakala seorang lagi melompat.
Pemain perlu melompat melepasi getah dari paras buku lali hingga ke dada, dengan gaya kreatif dan mengikut giliran.

 

Bola beracun
Menggunakan bola plastik atau bola ringan. Sesuai dimainkan di padang, halaman rumah atau kawasan lapang.
Permainan ini membantu membina stamina anak-anak kerana perlu bergerak aktif bagi mengelak terkena bola.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN