Palestin batal perjanjian vaksin Covid-19 hampir tarikh luput dengan Israel - Utusan Malaysia

Palestin batal perjanjian vaksin Covid-19 hampir tarikh luput dengan Israel

PENDUDUK Palestin menunggu untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di klinik Sheikh Redwan di Gaza pada Mac lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) membatalkan perjanjian untuk menerima bekalan vaksin Covid-19 yang menghampiri tarikh luput dari Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan PA, tindakan itu selepas penghantaran awal Israel menunjukkan tarikh luput itu lebih awal berbanding yang telah dipersetujui.

Semalam, Isreal dan PA mengumumkan perjanjian pertukaran vaksin Covid-19.

Perjanjian itu menyaksikan Israel menghantar kira-kira 1.4 juta dos vaksin keluaran Pfizer-BioNTech kepada PA dan sebagai pertukaran mengambil semula sejuta dos vaksin Pfizer baharu yang bakal dihantar kepada PA pada akhir tahun ini.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menerusi kenyataan mengumumkan mengenai perjanjian itu dengan menyatakan bekalan dos vaksin Covid-19 tersebut bakal tamat tarikh luput.

Menurut PA, perjanjian itu dipersetujui bagi mempercepatkan proses vaksinasi di Tebing Barat dan Gaza.

“Mereka memaklumkan bahawa tarikh luput vaksin tersebut adalah pada Julai atau Ogos yang akan memberi kami banyak masa untuk proses vaksinasi nanti.

“Namun, kami mendapati tarikh luputnya adalah pada bulan Jun ini. Sudah tentu tidak cukup masa untuk menggunakannya, jadi kami menolak vaksin tersebut,” kata Menteri Kesihatan PA, Mai Alkaila kepada pemberita.

Sebelum ini, Israel dikritik hebat kerana tidak berkongsi bekalan vaksin dengan 4.5 juta penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza. – REUTERS/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.