Murid darjah 4 cabul budak selepas tonton video lucah - Utusan Malaysia

Murid darjah 4 cabul budak selepas tonton video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDONESIA: Seorang murid darjah empat mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun di Kampung Wogowela, Nusa Tenggara Timur selepas menonton filem lucah.

Tribunnews melaporkan, Unit Siasatan Jenayah Polis Ngada, Rai Artika berkata, hasil soal siasat terhadap saksi, mangsa dan suspek, pihaknya mendapati budak itu memperoleh video pornografi dari seorang tukang yang bekerja di pusat kesihatan awam.

Katanya, disebabkan suspek merupakan kanak-kanak yang masih di bawah umur dia tidak ditahan.

“Kes itu dilaporkan sendiri oleh ibu mangsa 19 Mei lalu. Kejadian bermula selepas mangsa diajak oleh pelaku dan abangnya serta saksi lain mencari serbuk kayu.

“Mereka mencari serbuk itu di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Keli. Selepas itu, suspek dan seorang individu lain mengajak mangsa ke tempat lain di belakang batu besar. Di situlah suspek mengambil kesempatan mencabul kanak-kanak itu,” katanya.

Menurut Rai, selepas suspek mencabul, seorang rakan lain juga berkeinginan mencabul secara bergilir-gilir, namun, hasrat tersebut berjaya digagalkan oleh abang mangsa.

Katanya, abang mangsa melihat adiknya dalam keadaan separuh bogel tanpa memakai seluar.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.