Mayat tanpa kepala ditemukan berhampiran rumah ketua menteri Punjab - Utusan Malaysia

Mayat tanpa kepala ditemukan berhampiran rumah ketua menteri Punjab

LOKASI penemuan mayat tanpa kepala berhampiran Siswan di Mohali, Punjab. - INDIAN EXPRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHANDIGARH: Polis menemukan mayat lelaki tanpa kepala di sebuah kawasan berhampiran kediaman Ketua Menteri Punjab, Amarinder Singh, di Siswan, India semalam.

Polis di Mullanpur Garibdas memaklumkan mangsa dikenali sebagai Sucha Singh,42, merupakan peniaga daging yang berasal dari kampung Naggal.

Jelasnya, polis berjaya menahan dua suspek terlibat dalam kes pembunuhan itu manakala seorang lagi masih sedang diburu.

Menurut polis, kejadian itu berlaku apabila mangsa dan suspek bertemu di sebuah rumah ladang yang terletak berhampiran kediaman ketua menteri Punjab.

Jelas polis, siasatan awal mendapati mangsa perlu membayar hutang kira-kira 60,000 rupee (RM3,359) kepada salah seorang suspek, yang mungkin menjadi antara punca pembunuhannya.

Kata polis, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Kharar Civil untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, seorang jiran mangsa, Karnail Singh Bubby berkata, Sucha dilaporkan hilang sejak 12 Jun lalu.

Katanya, selepas gagal mengesan Sucha, keluarga mangsa membuat aduan di balai polis Mullanpur. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya