Magawa 'bersara' lepas lima tahun kesan periuk api - Utusan Malaysia

Magawa ‘bersara’ lepas lima tahun kesan periuk api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Seekor tikus yang diberi nama Magawa bakal bersara daripada ‘tugasnya’ iaitu menghidu periuk api dan objek bahan letupan di negara ini selepas berkhidmat selama lima tahun.

Tikus yang berusia tujuh tahun itu berasal dari Tanzania dan dilatih oleh badan amal Belgium iaitu APOPO.

Sepanjang perkhidmatannya, Magawa sudah ‘membersihkan’ kawasan seluas kira-kira 225,000 meter persegi iaitu bersamaan 42 padang bola sepak.

Pengarag APOPO, Michael Heiman berkata, selepas mengesan 71 periuk api dan 38 objek letupan, Magawa menjadi semakin letih.

“Perkara terbaik adalah dengan merehatkannya dan Magawa boleh meluangkan masa melakukan perkara yang disukainya seperti makan pisang dan kekacang,” katanya.

Magawa pindah Siem Reap pada 2016 dan memulakan kerjayanya mengesan periuk api.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya