Lebih 30 maut minum arak metanol di Kemboja - Utusan Malaysia

Lebih 30 maut minum arak metanol di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Lebih 30 penduduk kampung maut akibat minum arak buatan sendiri yang dicampur dengan 15 peratus metanol dalam tiga insiden berasingan di Kemboja.

Menurut pihak berkuasa Kemboja, kesemua insiden itu berlaku dalam tempoh kurang sebulan dengan kes terbaharu melibatkan tujuh wanita maut dan hampir 100 dikejarkan ke hospital.

Sebelum itu, terdapat 14 dan 10 kematian dalam dua insiden berasingan pada Mei lalu.

Sekurang-kurangnya 15 pembuat dan penjual arak buatan sendiri itu ditahan oleh pihak berkuasa dan kementerian kesihatan turut mengingatkan orang ramai supaya tidak minum arak beracun tersebut.

Metanol merupakan sejenis bahan kimi bertoksik tinggi, malah boleh menyebabkan hilang daya penglihatan walaupun diambil dalam kuantiti sedikit.

Arak buatan sendiri terkenal dalam kalangan penduduk luar bandar bagi meraikan majlis keraian termasuk perkahwinan, selain murah untuk dihasilkan. – AFP

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.