‘Kami ingat sudah jumpa Abrip’ - Utusan Malaysia

‘Kami ingat sudah jumpa Abrip’

ABRIP ASEP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Hasrat sebuah keluarga untuk bertemu dengan seorang lelaki yang disangka ahli keluarga mereka dan hilang dalam bencana tsunami di Aceh pada 2004 tidak kesampaian.

Hal ini kerana, lelaki tersebut sebenarnya bukan individu yang dicari berdasarkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

LELAKI yang menyerupai Abrip ditemukan di sebuah hospital mental. – AGENSI

Keluarga Abrip Asep sebelum ini menyatakan anggota polis itu sedang bertugas ketika gempa bumi dan tsunami melanda Aceh pada 26 Disember 2004.

Susulan bencana itu, Abrip dilaporkan hilang dan kemudiannya diisytiharkan meninggal dunia.

Namun, keluarganya percaya Abrip masih hidup selepas tersebar satu gambar seorang lelaki dalam media sosial yang menyerupai anggota polis tersebut di sebuah hospital kesihatan mental.

Lelaki yang menyerupai Abrip itu dilaporkan sudah menerima rawatan di hospital berkenaan selama 16 tahun, iaitu bersamaan tempoh kehilangan Abrip sejak tsunami melanda.

Jurucakap polis, Legowo Hamijaya berkata, ujian DNA yang dilakukan terhadap lelaki tersebut tidak sama dengan sampel keluarga Abrip.

Dalam pada itu, keluarga Abrip kecewa dengan keputusan tersebut, namun menerimanya dengan hati yang reda.

“Kami ingat kami sudah jumpa dengan Abrip, namun siapa sangka lelaki itu bukan dia,” menurut keluarga tersebut.

Tsunami yang melanda Aceh sebelum ini meragut sekurang-kurangnya 167,000 orang, namun jumlah sebenar dijangka lebih tinggi memandangkan ribuan mayat tidak dapat ditemukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya