Jururawat lalai bagi suntikan kosong kepada penerima vaksin - Utusan Malaysia

Jururawat lalai bagi suntikan kosong kepada penerima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Akibat kelalaian seorang jururawat, seorang lelaki menerima suntikan kosong tanpa sebarang dos vaksin di Bihar.

Kejadian berlaku di wad nombor satu di bandar Chhapra berdekatan Bada Imambara, 21 Jun lalu.

Menerusi satu video, Chanda Kumari, 48, dilihat sedang bersembang dengan orang lain sambil mencucuk jarum di lengan penerima dengan pantas.

Pegawai Imunisasi Daerah Saran, Dr. Ajay Kumar berkata, jururawat itu diarahkan menunjukkan notis tunjuk sebab dalam tempoh 48 jam.

Katanya, Chanda digantung tugas buat sementara waktu.

Jelasnya, jururawat itu bukan sengaja melakukan kesilapan kerana pusat vaksinasi itu sememangnya dipenuhi orang ramai ketika itu.

Disebabkan itu, dia tergesa-gesa melakukan suntikan tersebut.

Sementara itu, katanya, lelaki yang menjadi mangsa suntikan jarum kosong itu boleh memilih mana-mana hari untuk menerima suntikan vaksin.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya