Jepun desak Rusia bebaskan nelayan - Utusan Malaysia

Jepun desak Rusia bebaskan nelayan

JURUCAKAP kerajaan Jepun, Katsunobu Kato - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kerajaan Jepun menuntut Rusia membebaskan semua 14 kru kapal nelayan yang ditahan pada minggu lalu.

Seorang pegawai tertinggi kerajaan negara itu menegaskan kapal nelayan itu beroperasi secara sah.

Kapal Eiho Maru No.172 ditahan oleh Rusia di kawasan perairan antara wilayah utara Jepun dan Sakhalin yang terletak di Russian Far East.

Moscow mendakwa kapal tersebut beroperasi di perairan ekonomi Rusia.

Namun, jurucakap kerajaan Jepun, Katsunobu Kato menafikan dakwaan Rusia dan menuntut membebaskan semua kru kapal nelayan itu dengan segera.

“Sejak semalam hingga hari ini, kami sudah menggunakan cara diplomatik.

“Kami melakukan bantahan untuk memaklumkan tindakan Rusia menggeledah, merampas dan menahan kapal tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam satu taklimat.

Justeru, katanya, kerajaan menuntut semua kru dan kapal dibebaskan segera.

Menurut Kato, pihaknya mendapati kapal tersebut beroperasi di perairan ekonomi Jepun.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan semua kru kapal nelayan itu berada dalam keadaan baik dan mempunyai bekalan makanan dan air yang mencukupi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya