Jemaah wanita boleh tunai haji tanpa mahram - Utusan Malaysia

Jemaah wanita boleh tunai haji tanpa mahram

ARAB Saudi membenarkan jemaah wanita tunai haji tahun ini tanpa ditemani mahram. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Bakal jemaah wanita boleh menunaikan ibadah haji pada tahun ini tanpa ditemani mahram.

Lapor Arab News, pendaftaran haji 2021 yang dibuka kepada warganegara dan golongan ekspatriat di Arab Saudi itu boleh dibuat bermula semalam hingga 23 Jun ini.

Bagi tahun ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan tiga pakej haji iaitu pakej pertama berharga SR16,560 (RM18,172), pakej kedua SR14,381 (RM15,781) dan SR12,113 (RM13,292).

Kementerian memaklumkan, pendaftaran haji tidak bermaksud para jemaah sudah memperoleh permit untuk menunaikan ibadah tersebut.

“Permit haji hanya dikeluarkan selepas permohonan yang dibuat memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

“Kementerian mempunyai hak untuk menarik semula permit yang dikeluarkan sekiranya berlaku penipuan syarat menunaikan haji,” jelas kementerian tersebut.

Selain itu, keutamaan turut diberikan kepada jemaah yang tidak menunaikan haji dalam tempoh lima tahun lalu, selain tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak dijangkiti Covid-19.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini mengumumkan hanya 60,000 jemaah dibenarkan tunai haji pada tahun ini melibatkan rakyat dan ekspatriat di negara ini.

Keputusan itu dibuat memanjangkan pandemik Covid-19 belum reda dan bagi mengekang penularan jangkitan dalam kalangan jemaah. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya