Israel tahan 10 penduduk Palestin di pekarangan Masjid Al-Aqsa - Utusan Malaysia

Israel tahan 10 penduduk Palestin di pekarangan Masjid Al-Aqsa

POLIS menahan seorang penduduk Palestin di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Polis Israel menahan 10 penduduk Palestin ketika pertempuran di pekarangan masjid Al-Aqsa, semalam.

Menurut polis dan pasukan perubatan, sebanyak sembilan orang cedera ketika penduduk Palestin membaling batu terhadap polis yang melepaskan peluru getah ke arah mereka.

Menurut seorang wartawan AFP, kira-kira 1,000 orang berkumpul di pekarangan masjid itu selepas menunaikan solat Jumaat, melaungkan ‘Allah Maha Besar’ dengan ada dalam kalangan mereka mengibarkan bendera Palestin.

Beberapa orang melemparkan batu ke arah polis yang menyerbu di kawasan tersebut.

“Beberapa pemuda melontarkan batu terhadap anggota polis,” kata polis menerusi kenyataan dengan menambah 10 suspek telah ditahan.

Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, sebanyak sembilan orang cedera termasuk tiga sedang menerima rawatan di hospital akibat pertempuran itu.

Jelasnya, kecederaan itu disebabkan kecederaan disebabkan pukulan, terkena peluru getah dan letupan.

Pertempuran itu tercetus selepas penduduk Palestin memprotes tindakan nasionalis Yahudi yang berarak melalui timur Baitulmuqqadis pada Selasa sambil melaungkan kata-kata penghinaan terhadap Islam dan ‘kematian kepada orang Arab’.

Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya