Indonesia bakal beri vaksin kepada golongan berusia 12 hingga 17 tahun - Utusan Malaysia

Indonesia bakal beri vaksin kepada golongan berusia 12 hingga 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan vaksinasi Covid-19 untuk golongan penduduk berusia 12 hingga 17 tahun boleh dilaksanakan serta-merta.

Keputusan itu dibuat selepas Badan Pengawal Ubat dan Makanan (BPOM) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac Biotech untuk penduduk berusia seawal 12 tahun.

Menerusi siaran televisyen, Jokowi menzahirkan rasa syukur susulan kelulusan yang diberikan BPOM.

“Program vaksinasi untuk golongan kanak-kanak boleh dilaksanakan segera,” katanya.

Selain itu, Jokowi turut memberitahu sebanyak 1.3 juta penduduk Indonesia sudah menerima suntikan vaksin sehingga Sabtu lalu.

Katanya, jumlah itu melebihi sasarannya iaitu sebanyak sejuta orang menjelang Julai.

“Kadar suntikan vaksin yang diberikan kepada penduduk adalah sebanyak 700,000 suntikan setiap hari.

“Saya berharap kadar suntikan akan konsisten pada Julai, sekali gus menyasarkan dua juta lagi penduduk akan divaksin menjelang Julai,” ujarnya.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN