Hanya satu dari 22,500 boleh dijangkiti Covid-19 jika ambil vaksin - Utusan Malaysia

Hanya satu dari 22,500 boleh dijangkiti Covid-19 jika ambil vaksin

SEJUMLAH vaksin Covid-19 yang digunakan di pusat pemberian vaksin di London, United Kingdom, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Individu yang menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 boleh mengurangkan risiko dijangkiti virus tersebut sebanyak satu dalam setiap 22,500 kes.

Lapor Daily Mail, bagi golongan yang tidak mendapatkan suntikan vaksin pula, peluang mereka untuk dijangkiti virus berkenaan adalah sebanyak satu dalam setiap 2,908 kes.

Kajian yang mengumpulkan data lebih sejuta pengguna aplikasi ZOE Covid Symptom Study itu secara tidak langsung membuktikan vaksin berkesan dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Kerajaan Britain menganggarkan sebanyak 14,000 nyawa ‘berjaya diselamatkan’ dan menghalang 42,000 kemasukan ke hospital akibat Covid-19 menerusi program vaksinasi yang dijalankan.

Hampir 55 peratus golongan dewasa sudah melengkapkan dua dos suntikan ketika ini, menyaksikan hampir 70 juta dos vaksin sudah diberikan.

Aplikasi tersebut mendapati satu daripada 543 penduduk di United Kingdom (UK) ketika ini mempunyai gejala Covid-19, dengan kes tinggi melibatkan populasi muda yang tidak menerima vaksin.

Ketua penyelidik, Prof. Tim Spector yang juga merupakan pakar epidemiologi di King’s College memaklumkan, jumlah penduduk Britain yang jatuh sakit akibat Covid-19 meningkat dua kali ganda dalam tempoh seminggu.

Jumlah itu dianggarkan sebanyak 11,908 penduduk di seluruh UK dijangkiti virus berkenaan setiap hari.

Namun, disebabkan golongan muda yang paling banyak dijangkiti, maka mereka tidak mempunyai komplikasi teruk.

“Kajian ini jelas menunjukkan kesan vaksin terhadap mereka yang sudah melengkapkan dos suntikan dengan mereka yang belum menerima sebarang vaksin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.