Guna kad bank pesakit sudah meninggal dunia beli jajan - Utusan Malaysia

Guna kad bank pesakit sudah meninggal dunia beli jajan

AYESHA Basharat dihukum penjara selepas menyalahgunakan kad bank pesakit di Hospital Birmingham. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Seorang petugas hospital tergamak menggunakan kad bank seorang pesakit yang sudah meninggal dunia akibat Covid-19 untuk membeli makanan ringan di mesin gegendang. 

Difahamkan, pesakit berusia 83 tahun itu baru meninggal dunia dalam tempoh 20 minit di Hospital Birmingham’s Heartlands pada 24 Januari lalu, lapor Metro.   

Disebabkan itu, Ayesha Basharat, 23, dihukum penjara kerana menyalahgunakan kad bank milik pesakit semasa bertugas di wad pesakit Covid-19. 

Tindakannya itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) semasa membuat pembelian sebanyak enam pound (RM35).  

Dia kemudian membuat pembelian 1 pound (RM6) pada sebelah petang dan mencubanya lagi semasa kembali bekerja empat hari kemudian. 

Namun, kad bank waktu itu sudah dibatalkan dan pihak polis menahannya semasa dia sedang bekerja di hospital. 

Wanita yang berasal dari Sparkbrook, Birmingham itu mendakwa dia terjumpa kad bank itu di lantai dan membuat pembayaran menggunakan kad banknya sendiri.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya