GAZA: Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan Gaza memaklumkan dua rakyatnya terbunuh semasa cuba meneutralkan bom Israel yang tidak meletup.
Jurucakap kementerian itu, Iyyad Al Bizem dalam kenyataan akhbar berkata, bom itu meletup secara tiba-tiba sehingga mengorbankan dua rakyat Palestin.
Katanya, bom-bom itu berada di Gaza semasa serangan Zionis Israel bulan lalu.
Briged Al-Qassam berkata, mangsa yang maut ialah Usama Jineinah dan Ahmad Zaki Abu Haseera yang terbunuh semasa cuba meneutralkan bom tersebut.
Di lokasi sama, dilaporkan beberapa individu lain turut tercedera semasa insiden itu.
Pihak kementerian memaklumkan pasukan kejututeraan dan pihak polis masih melakukan misi pencarian bom-bom Israel yang tidak berjaya meletup di kawasan sasaran di Semenanjung Gaza.
Israel dan pejuang Hamas mengumumkan gencatan senjata 20 Mei lalu, dalam usaha mengakhiri pertempuran ganas 11 hari.
Pengumuman itu berkuatkuasa pada pukul 2 pagi waktu tempatan. -AGENSI










