ISLAMABAD: Sebanyak dua orang maut dan beberapa lagi cedera dalam satu kejadian letupan silinder gas di ibu negara Pakistan.
Lapor Xinhua, letupan itu berlaku di sebuah kilang mengisi silinder oksigen di kawasan perindustrian Rawat di Islamabad pada pagi tadi.
Menurut sumber dari polis Islamabad, letupan itu mengakibatkan dua pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.
Setakat ini, punca letupan itu belum dikenal pasti.
Namun, sumber memberitahu letupan itu mungkin berlaku disebabkan kerana kebocoran gas.
Tambahnya, sebahagian bangunan kilang itu musnah dalam kejadian letupan tersebut.
Dilaporkan, polis dan pasukan penyelamat sampai ke lokasi kejadian sejurus selepas letupan tersebut.
Mangsa yang cedera dihantar ke sebuah hospital kerajaan yang berhampiran di ibu negara itu.
Polis telah mula menjalankan siasatan terhadap kes itu. – AGENSI









