BEIJING: Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia tahun lalu, banyak pihak mula menuding jari terhadap China sebagai pencetus masalah global.
Tidak mustahil China adalah dalang sebenar penyebar utama virus berdasarkan beberapa bukti dan penemuan yang ditemui di makmal negara itu.
Situasi itu jelas menunjukkan China sanggup melanggar protokol keselamatan dengan menjalankan eksperimen yang tidak dibenarkan dilakukan di tempat lain di dunia.
MONYET KLON
Sebelum munculnya wabak Covid-19, makmal di Kunming sering menjalankan pelbagai eksperimen pelik seperti monyet klon yang menggabungkan embrio haiwan itu dengan gen mutasi supaya membesar dengan cepat selepas dilahirkan.
Kajian itu juga didakwa dibuat untuk mengkaji penyakit yang dialami oleh manusia seperti autisme, kanser, dan Alzheimer.
Pada 2018, saintis China berjaya menghasilkan dua monyet klon pertama di Akademi Sains China menerusi hasil penyelidikan bertahun-tahun mengenai teknik pengklonan dan pemindahan sel nuklear somatik.
Di bandar Wuhan yang dipercayai sebagai asal-usul virus Covid-19, saintis menghasilkan lebih 1,000 haiwan secara genetik seperti monyet dan arnab.
Haiwan di makmal turut disuntik dengan virus yang diubah gen serta menyerupai organisma yang menyebabkan Covid-19.
KELAWAR JADI BAHAN UJI KAJI
Artikel yang ditulis oleh ahli akademik China bertajuk ‘The Possible Origins of 2019-Coronavirus‘ menjelaskan, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Wuhan menyimpan 605 kelawar yang ditimpa penyakit dalam makmalnya.
Jelasnya, kelawar itu didakwa pernah menyerang sehingga darahnya jatuh ke kulit penyelidik.
Artikel penyelidik China lain pula mendedahkan bagaimana sekumpulan penyelidik di Wuhan menangkap kelawar di dalam gua tanpa memakai sebarang alat perlindungan sehingga menyebabkan air kencing binatang itu jatuh ke atas kepala seperti titisan hujan.
Pakar kelawar paling terkenal yang merupakan ahli virologi di Wuhan, Shi Zengli yang pernah mengunjungi gua-gua terpencil berkata, dia pernah terlibat menerbitkan sebuah jurnal di Nature Medicine mengenai virus korona kelawar.
Jelasnya, pasukannya berusaha mencipta virus yang sangat mudah menular dengan menyasarkan saluran pernafasan manusia dari haiwan itu.
Kemudian, mereka cuba menjalankan eksperimen dengan tikus hidup untuk melihat sama ada virus buatan manusia dapat memasuki paru-paru tikus dan berjangkit.
Hasilnya, mereka berjaya melakukan eksperimen itu dan membuktikan virus SARS dari kelawar dapat menjangkiti manusia.
RAHSIA SEBENAR CHINA
Rahsia besar di sebalik penyelidikan tersebut sebahagian besarnya didorong oleh hasrat China untuk mendapatkan kelebihan komersial dalam bidang yang berpotensi sangat menguntungkan.
Namun, timbul juga alasan yang lebih jahat.
Sebilangan besar penyelidikan diawasi oleh Tentera Pembebasan Rakyat China yang memantau dua bidang dengan teliti untuk memastikan setiap pengubahsuaian gen berupaya mencipta tentera yang lebih bagus serta mikroorganisma yang dapat diubah gen bagi menghasilkan senjata biologi baharu yang tidak dapat diatasi pihak lain.
Mereka sengaja mencabar sistem keselamatan kerana mengkaji haiwan hidup berbanding kajian yang diletakkan dalam tabung uji yang secara jelas membawa risiko pencemaran biologi. – AGENSI