Budak Palestin 8 tahun disahkan buta - Utusan Malaysia

Budak Palestin 8 tahun disahkan buta

MUHAMMAD SHABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seorang kanak-kanak Palestin berusia lapan tahun disahkan hilang deria penglihatan akibat serangan Zionis Israel selama 11 hari, bulan lalu.

Muhammad Shaban yang berasal dari Semenanjung Gaza terpaksa menderita sepanjang hidup selepas pakar perubatan dan doktor di Mesir berusaha menjalankan banyak pembedahan.

Namun, kesemua usaha itu tidak membuahkan hasil.

Difahamkan, Muhammad dan ibunya dalam perjalanan membeli baju raya sebelum menjadi mangsa serangan Zionis Israel.

Susulan itu, tular poster berwarna merah yang memaparkan wajah kanak-kanak itu.

“Saya adalah hero, saya masih mempunyai harapan,” kata Muhammad.

Bulan lalu, pengganas Israel dan pejuang Hamas bersetuju melakukan gencatan senjata bagi menghentikan konflik yang berlaku sejak Mei di wilayah bergolak itu. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya