JAKARTA: Seorang bapa sepatutnya bertindak sebagai pelindung kepada anak-anak, tetapi di Jakarta Selatan, seorang lelaki sanggup meragut maruah anak sendiri.
Tribunnews melaporkan, mangsa dirogol oleh ayahnya sejak berusia sembilan tahun dan episod hitam itu berlarutan selama empat tahun.
Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, Azis Andriansyah berkata, kes bermula apabila suspek bernama Herdin, 43, menyuruh anaknya mengurutnya.
“Ketika itu, dia menindih anaknya dan mencabul kehormatannya. Malah, hampir setiap hari Herdin akan tidur sekatil dengan anaknya.
“Mangsa turut dimandikan oleh ayahnya dan diminta picit sehingga menimbulkan berahi,” katanya.
Menurut Azis, mangsa dicabul kali pertama pada 2017 di Riau dan meneruskan perbuatan terkutuknya ketika anaknya ikut berpindah ke Jakarta.










