Bina Kota Larangan guna 700,000 keping Lego - Utusan Malaysia

Bina Kota Larangan guna 700,000 keping Lego

LI ZHINING menghasilkan model Kota Larangan menggunakan 700,000 kepingan Lego. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki sanggup menghabiskan masa masa selama setahun untuk membina replika Kota Larangan (Forbidden City) di Beijing menggunakan 700,000 kepingan Lego. 

Lapor Oddity Central, binaan berukuran empat meter panjang dan 2.4 meter lebar itu dihasilkan oleh Li Zhining yang berasal dari Guangzhou. 

Binaan itu menampilkan kesemua kompleks istana terkenal termasuk Pintu Meridian, 70 istana dan 9,000 rumah di tiga bahagian utama dalam kompleks istana itu. 

Li menamakan projeknya sebagai ‘I am Chinese’ dan berharap dapat menunjukkan kepada dunia tentang semangat orang China dan keaslian negara itu. 

Binaan itu merupakan koleksi terkini yang dihasilkannya. 

Sebelum ini, Zhining pernah membina Notre Dame Cathedral, Westminster Palace, Canton Tower dan World of Warcraft menggunakan Lego. 

Lelaki itu mula obses dengan Lego sejak 2008 dan kini memiliki kira-kira 100 juta keping Lego seberat 11 tan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN