Bekas Presiden Filipina, Benigno Aquino meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Presiden Filipina, Benigno Aquino meninggal dunia

BENIGNO Aquino
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Bekas Presiden Filipina, Benigno Aquino dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Manila.

Dua sumber yang mengetahui isu berkenaan mengesahkan perkara tersebut.

Setakat ini, punca kematian Aquino, 61, tidak didedahkan oleh keluarganya.

Bagaimanapun, The Manila Bulletin melaporkan, bekas presiden Filipina itu meninggal dunia akibat kegagalan jantung.

Beberapa media tempatan lain melaporkan Aquino dimasukkan ke Pusat Perubatan Capitol di bandar Quenzon pada pagi Khamis tanpa memaklumkan puncanya.

Dilaporkan, adik perempuan bekas presiden itu, Kris Aquino yang merupakan pelakon dan personaliti media dilihat memasuki hospital namun tidak memberi sebarang kenyataan.

“Dengan rasa sedih yang mendalam, saya mendapat tahu mengenai berita bekas presiden, Aquino meninggal dunia.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau,” kata Hakim Mahkamah Agung, Marvic Leonen yang dilantik oleh Aquino pada tahun 2012.

Aquino merupakan presiden Filipina dari tahun 2010 hingga 2016.

Aquino yang lebih mesra dikenali sebagai Noynoy berjaya meraih sokongan orang ramai sehingga diangkat menjadi presiden selepas ibunya, Corazon Aquino yang merupakan pemimpin demokrasi terkenal meninggal dunia pada 2009.

Mendiang bapa Aquino yang lantang menentang pemerintahan Ferdinand Marcos, dibunuh pada 1983 ketika cuba kembali daripada hidup dalam buangan di Amerika Syarikat (AS). – REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya