Bekas ketua program vaksinasi Covid-19 Myanmar, ditahan - Utusan Malaysia

Bekas ketua program vaksinasi Covid-19 Myanmar, ditahan

POLIS mencari penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi menentang rampasan kuasa di Yangon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Bekas ketua program imunisasi Covid-19 di Myanmar, Htar Htar Lin dilaporkan ditahan oleh junta tentera pada minggu lalu.

Lapor Reuters, Htar Lin berdepan dengan beberapa tuduhan pengkhianatan kerana berkomplot dengan pihak yang menentang rejim ketenteraan Myanmar.

Akhbar The Global New Light of Myanmar melaporkan Htar Lin ditahan pada 10 Jun lalu.

Beliau juga dituduh bekerja secara rahsia dengan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG).

“Berdasarkan pengakuannya, beliau bukan sahaja menyertai Pergerakan Ketidakpatuhan Sivil (CDM) dan membentuk Kumpulan Teras CDM bersama doktor serta kakitangan lain.

“Namun, beliau juga bersubahat dengan pihak NUG,” jelas laporan itu.

Sistem penjagaan kesihatan serta protokol dan sekatan Covid-19 di Myanmar terjejas sejak junta tentera melakukan rampasan kuasa dan menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi.

Doktor dan pengamal perubatan menyertai CDM yang mengetuai mogok yang melumpuhkan hampir sebahagian besar perniagaan di negara itu.

Dilaporkan, puluhan orang telah ditahan dan ratusan lagi sedang diburu.

Dalam pada itu, menurut laporan akhbar tersebut, Htar Lin bersama 11 doktor lain berdepan dengan beberapa tuduhan antaranya terdiri daripada pengkhianatan, hasutan dan berkomplot dengan organisasi haram.

Junta tentera menggelar NUG yang ditubuhkan oleh penyokong Suu Kyi dan pihak menentang rejim ketenteraan itu sebagai kumpulan pengganas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya