fbpx

19 September 2021, 6:21 am

  TERKINI

Bapa tergamak kahwinkan anak berusia 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang wanita membuat laporan polis terhadap suaminya yang membenarkan anak perempuannya berusia 13 tahun berkahwin.

Pejabat Polis Saswad, Inspektor Annasaheb Gholap berkata, pengadu tinggal di rumah ibu bapanya, manakala, suaminya, Raju Pawar berkeja sebagai buruh di kampung berlainan.

Katanya, anak perempuannya yang tinggal bersama suaminya di kampung Chamblo, Purandar, Pune, dikahwinkan enam bulan lalu tanpa memaklumkan kepada sesiapa.

“Pada 17 Jun lalu, Mamta pawar mengetahui tentang perkahwinan itu daripada saudara mara terdekat. Selepas melihat gambar perkahwinan anaknya, dia terus membuat laporan polis.

“Kes tersebut melibatkan seramai lima suspek utama kerana melanggar undang-undang perkahwinan kanak-kanak,” katanya.

Berdasarkan Akta Perkahwinan Kanak-kanak 2006, perkahwinan dalam kalangan individu di bawah umur adalah tidak dibenarkan.

Kanak-kanak ditakrifkan bagi individu yang belum mencapai usia 21 tahun bagi lelaki, manakala, 18 tahun bagi perempuan. -AGENSI

 

 

 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN