Bangladesh buka 50 masjid baharu sempena kemerdekaan ke-50 - Utusan Malaysia

Bangladesh buka 50 masjid baharu sempena kemerdekaan ke-50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina semalam melancarkan pembukaan 50 buah masjid baharu di seluruh Bangladesh sebagai meraikan sambutan kemerdekaan ke-50 negara ini.

Kesemua masjid tersebut merupakan sebahagian daripada projek pembinaan bernilai AS$1 bilion (RM4.1 bilion) yang bermula sejak 2017.

Projek pembinaan itu meliputi 560 model masjid termasuk pusat kemudahan komuniti dan pendidikan untuk kegunaan semua penduduk di negara ini.

Hasina melancarkan pembukaan 50 masjid berkenaan secara dalam talian dari pejabatnya di sini dan berharap rumah ibadat itu boleh memulihkan imej Islam.

“Kita lihat banyak pihak terlibat dalam keganasan dengan menggunakan alasan agama. Keganasan sudah merosakkan imej Islam.

“Sehubungan itu, semau pihak perlu berkerjasama untuk singkirkan akar umbi keganasan, maka semua agama terpelihara dengan baik, terutamanya Islam,” katanya kepada Arab News.

Selain itu, sebanyak 50 lagi masjid akan dibuka dalam tempoh beberapa bulan akan datang bagi memperingati bekas presiden pertama Bangladesh iaitu Sheikh Mujibur Rahman yang merupakan bapa kepada Hasina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya