WELLINGTON: New Zealand bercadang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dan mengimbas kod QR sebagai langkah mengurangkan penularan virus Covid-19 di negara ini.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, peningkatan kes Covid-19 di Australia secara tidak langsung boleh ‘mendedahkan’ negara ini dengan situasi yang sama.
“Penularan varian Delta boleh menjejaskan gelembung perjalanan antara Australia dan New Zealand, sehubungan itu, sekatan ketat perlu dilaksanakan bagi memastikan negara ini tidak ‘ditawan Delta’.
“Kabinet turut meminta supaya langkah mengimbas kod QR di mana-mana lokasi perlu diwajibkan, termasuk pemakaian pelitup muka,” katanya.
Ketika ini, pelitup muka hanya diwajibkan di dalam pengangkutan awam. – REUTERS










