Akibat syabu, remaja ditikam 25 kali sampai mati - Utusan Malaysia

Akibat syabu, remaja ditikam 25 kali sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NORTH DAKOTA: Nasib malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun apabila dicekik, dipukul dan ditikam 25 kali oleh seorang lelaki semasa bermain papan luncur di kawasan perumahannya.

Difahamkan, mangsa sedang bermain papan luncur dari rumah ayahnya untuk menuju ke rumah ibunya semasa serangan itu.

Lapor Metro, Daisey Paulsen ditemukan mati berlumuran darah dan tidak sedarkan diri selepas empat hari bertarung nyawa, Selasa lalu di Fargo, North Dakota.

Suspek Arthur Kollie, 23, ditahan selepas pekerja sampah melihat dia berdiri di sebelah Daisey.

Dia didakwa melakukan jenayah itu kerana khayal akibat mengambil dadah jenis syabu.

Menurut mahkamah, suspek memaklumkan kepada pihak polsi dia mengambil syabu pada waktu tengah hari sebelum kejadian itu dan langsung tidak mengingati insiden tersebut.

Lelaki itu turut menafikan dia terlibat dalam serangan itu.

Kollie menghadapi pertuduhan membunuh, merompak dan serangan ganas terhadap kanak-kanak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya