33 terbunuh kereta api bertembung di Pakistan - Utusan Malaysia

33 terbunuh kereta api bertembung di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARACHI: Seramai 33 orang terbunuh dan 120 penumpang lain cedera selepas dua kereta api bertembung di bandar Dharki, selatan Pakistan.

Kemalangan itu berlaku apabila kereta api Millat Express yang membawa lapan gerabak ke utara tergelincir sehingga memasuki landasan bertentangan berhampiran Dharki.

Kereta api Sir Syed Express yang menuju ke Selatan pula kemudian merempuh gerabak yang tergelincir itu.

Kerja-kerja menyelamat masih giat dijalankan bagi mencari mangsa yang terperangkap dalam serpihan kereta api itu.

Pegawai Kanan Kesihatan, Dr. Manzoor Jakhrani berkata, kemalangan itu menyebabkan situasi yang sangat serius berlaku.

Katanya, angka kematian dan jumlah penumpang yang cedera akan meningkat pada bila-bila masa.

“Kerja-kerja menyelamat masih giat dijalankan kerana penumpang masih ramai terperangkap dalam kereta api,” katanya.

Rakaman gambar dari lokasi kejadian menunjukkan kemalangan melibatkan pertembungan dua kereta api sehingga tergelincir dari landasan.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan kren serta peralatan lain bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya