30,000 kanak-kanak Tigray bakal mati kebuluran - Utusan Malaysia

30,000 kanak-kanak Tigray bakal mati kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Dianggarkan 30,000 kanak-kanak di Tigray, Ethiopia berdepan dengan maut selepas wilayah itu dilanda kebuluran.

Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder berkata, tanpa akses kemanusiaan bagi mempercepatkan bantuan ke Tigray, dianggarkan 30,000 kanak-kanak akan mati kebuluran.

Kenyataan itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran 350,000 penduduk Tigray berdepan kebuluran susulan konflik dalaman yang berlaku.

Ketua kemanusiaan PBB, Mark Lowcock berkata, ‘semua kumpulan pakar akan bersetuju dengan kenyataan PBB mengenai keadaan di Tigray yang semakin teruk’.

Katanya, data menunjukkan jumlah penduduk yang berdepan kebuluran di Tigray adalah lebih tinggi berbanding tempat lain di seluruh dunia ketika ini.

PBB menjelaskan, lebih 90 peratus atau lebih lima juta penduduk di Tigray memerlukan bantuan kecemasan termasuk bekalan makanan.

Konflik di Tigray berlaku selepas Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed mengerahkan pasukan tentera ke utara wilayah itu pada November tahun lalu untuk menahan pemimpin parti Tigray People’s Liberation Front. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.