25 mayat pelarian ditemukan di perairan Yaman - Utusan Malaysia

25 mayat pelarian ditemukan di perairan Yaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HODEIDAH: Sebanyak 25 mayat pelarian ditemukan di luar pesisir Yaman selepas bot yang membawa lebih 200 penumpang dilaporkan terbalik di perairan negara itu.

“Bot yang membawa antara 160 hingga 200 orang dilaporkan terbalik dua hari lalu,” kata jurucakap pihak berkuasa wilayah Lahij, Jalil Ahmed Ali kepada AFP, dengan memetik maklumat daripada penyeludup Yaman.

Setakat ini, nasib penumpang lain yang berada dalam bot tersebut masih belum diketahui.

Beberapa nelayan di selatan Yaman memberitahu AFP bahawa mereka menemukan 25 mayat mangsa yang berasal dari Afrika.

Katanya, sebahagian besar mangsa itu cuba sampai ke Yaman sebelum merentasi ke negara Teluk.

Menurut nelayan, kesemua mayat itu dijumpai terapung di perairan Ras al-Ara di wilayah selatan Lahij, menghadap Selat Bab el-Mandeb di luar pesisir Djibouti.

“Kami menemui mayat tersebut terapung di dalam air, kira-kira 16 kilometer (km) dari pantai Ras al-Ara,” kata seorang nelayan.

Organisasi Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) mengesahkan bahawa sebuah bot karam di kawasan tersebut.

Agensi migran di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu bagaimanapun memaklumkan pihaknya cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.