DIGHA, India: Ribuan penduduk kehilangan rumah apabila Taufan Yaas membadai bahagian timur India, menyaksikan 1.5 juta penduduk dipindahkan.
Taufan itu membawa hujan lebat serta angi kencang sekuat 155 kilometer sejam, menyebabkan banyak pokok tumbang dan ombak laut setinggi bas dua tingkat membadai kawasan pesisir pantai.
Dua orang maut di Bengal Barat, dua di Odisha dan seorang lagi di Bangladesh apabila air laut pasang besar menjejaskan ribuan kediaman.
Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee berkata, lebih 300,000 rumah musnah akibat taufan tersebut.
“Paras laut dan sungai meningkat sehingga melimpah ke kawasan kediaman penduduk.
“Kami sudah siapkan 14,000 pusat pemindahan sementara untuk penduduk yang terjejas,” katanya. – AFP









