SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) mengumumkan pihaknya melencongkan penerbangan mengelak melalui ruang udara dikawal oleh Belarus.
Tindakan itu selepas Belarus memaksa sebuah pesawat Ryanair dalam penerbangan dari Greece ke Lithuania mendarat di Minsk bagi menahan wartawan propembangkang.
“Kami ketika ini sedang melencongkan semua penerbangan menuju ke Eropah untuk mengelak melalui ruang udara Belarus.
“SIA akan terus memantau situasi ini dengan teliti,” kata seorang jurucakap dari SIA.
Jelas jurucakap itu, SIA mengutamakan keselamatan semua penumpang dan anak kapalnya.
Semalam, pesawat Ryanair yang dalam penerbangan dari Greece ke Lithuania dilencongkan ke Belarus selama beberapa jam untuk memberkas seorang wartawan.
Bekas editor kumpulan Nexta, Roman Protasevich, 26, ditahan sebelum pesawat yang membawa seramai 171 penumpang itu dibenarkan meneruskan perjalanan semula.
Wartawan itu pernah membuat liputan semasa Pilihan Raya Presiden 2020 sehingga dia didakwa atas pertuduhan jenayah oleh Belarus – AFP









