Penduduk Bali lebih patuh SOP dari penduduk Jakarta - Utusan Malaysia

Penduduk Bali lebih patuh SOP dari penduduk Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kepatuhan penduduk Bali terhadap pemakaian pelitup muka lebih tinggi berbanding penduduk Jakarta sebanyak 88.9 peratus.

CNN Indonesia melaporkan, penduduk Jawa Timur pula sebanyak 87 peratus diikuti Jawa Tengah, 75 peratus dan Jawa Barat, 73 peratus.

Ketua Penyelaras Menangani Covid-19 dan Pemulihan Ekonomi Nasional, Airlangga Hartanto berkata, ketidakpatuhan menggunakan pelitup muka mempengaruhi trend peningkatan kes penyebaran Covid-19.

“Kawasan yang merekodkan bawah 70 peratus kepatuhan seperti Riau dan Sumatera Utara sememangnya kadar jangkitannya tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Tugas-Tugas Khas Covid-19, Doni Monardo berkata, bilangan kes aktif di negara itu meningkat sejak kebelakangan ini.

“Kes aktif 19 Mei lalu adalah 5.01 peratus, manakala, kelmarin kes aktif meningkat kepada 5.23 peratus bermakna terdapat kenaikan sebanyak 0.22 peratus.

“Pengalaman semasa hari raya tahun lalu terdapat penambahan kes harian sebanyak 93 kes sehari dan angka kematian mingguan mencecah 66 peratus,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN