Parti pembangkang India desak perintah berkurung dilaksanakan - Utusan Malaysia

Parti pembangkang India desak perintah berkurung dilaksanakan

SEORANG pesakit Covid-19 mendapat bekalan oksigen di Gurdwara Sikh di Ghaziabad, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Parti pembangkang utama India mendesak agar perintah berkurung dilaksanakan di seluruh negara dalam usaha menangani peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Gesaan itu susulan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di India sudah melepasi 20 juta selepas mencatatkan lebih 357,229 kes semalam.

Menurut seorang jurucakap dari parti Kongres Nasional India (INC), sistem kesihatan awam negara itu semakin lumpuh akibat Covid-19 dan perintah berkurung amat perlu untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu.

Sebelum ini, kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi menolak untuk mengenakan perintah berkurung di seluruh negara selepas sekatan demikian dilaksanakan pada tahun lalu menyaksikan ekonomi India terjejas teruk.

“Ketika ini, kita tiada pilihan selain melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan memulihkan semula sistem kesihatan negara,” kata jurucakap INC, Pawan Khera kepada BBC.

Dalam pada itu, pemimpin kanan INC, Rahul Gandhi turut senada dengan saranan itu berkata, ia merupakan satu-satunya jalan penyelesaian untuk menghentikan penularan virus tersebut.

India ketika ini bergelut untuk memerangi gelombang jangkitan Covid-19 yang lebih teruk berbanding tahun lalu.

Beberapa pakar saintis berpandangan lonjakan kes jangkitan Covid-19 di negara itu berpunca daripada varian baharu dan varian yang dikesan di Britain.

Lonjakan kes itu antara lain didakwa berpunca daripada majlis besar-besaran bagi acara politik dan keagamaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya