Mexico rangkul mahkota Miss Universe 2021 - Utusan Malaysia

Mexico rangkul mahkota Miss Universe 2021

ANDREA MEZA dinobat sebagai Miss Universe 2021 di Hollywood, Florida. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Andrea Meza dari Mexico diumumkan sebagai Ratu Cantik Dunia menerusi pertandingan Miss Universe 2021 yang berlangsung di Seminole Hard Rock Hotel & Casino, Hollywood, Amerika Syarikat.

Pertandingan bukan sahaja menguji peserta dari seluruh dunia mengenai aspek kecantikan semata-mata bahkan menguji daya intelektual mereka.

Semasa pusingan akhir, peserta berusia 26 tahun itu diajukan soalan mengenai topik kecantikan dan kaedah terbaik menangani pandemik Covid-19.

“Hari ini, kecantikan bukan aspek yang dilihat semata-mata. Bagi saya, kecantikan tidak terserlah menerusi semangat sahaja, tetapi di hati kita semua serta kaedah kita menguruskan diri sendiri.

“Jangan sesekali membenarkan orang lain mengatakan diri anda tidak bernilai,” ucapnya.

Pertandingan yang disiarkan secara langsung itu dihoskan oleh Mario Lopez dan bekas Ratu Cantik Dunia 2012, Olivia Culpo.

Meza menewaskan lebih 70 peserta lain dalam pertandingan yang sudah berlangsung buat kali ke-69 itu.

Tahun lalu, pertandingan itu terpaksa ditangguhkan buat kali pertama selepas serangan pandemik Covid-19.

Pemenang ratu cantik tahun lalu ialah Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya