Mangsa Covid-19 disangka mati, nyaris dibakar - Utusan Malaysia

Mangsa Covid-19 disangka mati, nyaris dibakar

SHAKUNTALA GAIKWAD yang disangka meninggal dunia dilaporkan tersedar sejurus sebelum upacara pembakaran mayat. - INDIA TODAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang warga emas yang dipercayai meninggal dunia akibat wabak Covid-19 dilaporkan secara tiba-tiba bangun tersedar sejurus sebelum upacara pembakaran mayatnya dilakukan di India.  

Lapor Metro, Shakuntala Gaikwad, 76, disahkan positif Covid-19 dan dibawa ke Hospital Silver Jubilee di Baramati pada 10 Mei lalu selepas keadaan kesihatannya semakin buruk.  

Keluarga warga emas itu cuba mendapatkan tempat untuk Shakuntala di hospital berkenaan namun gagal kerana semua wad penuh disebabkan pandemik Covid-19 yang semakin buruk di India, lapor Yahoo News.

Ketika keluarga itu sedang menunggu ambulans untuk membawa Shakuntala ke hospital lain, warga emas berkenaan dikatakan tidak sedar diri dan menunjukkan tiada pergerakan.    

Keluarga wanita itu menyangka Shakuntala telah meninggal dunia dan membuat persiapan bagi upacara pembakaran mayat.

Beberapa minit sebelum upacara pembakaran mayat dilakukan, Shakuntala dilaporkan secara tiba-tiba tersedar. 

Media tempatan melaporkan Shakuntala mula menangis dan berasa panik. 

Anggota polis, Santosh Gaikwad mengesahkan kejadian itu. 

Pengasas Hospital Silver Jubilee, Dr. Sadanand Kale berkata, Shakuntala telah dibawa ke hospital semula untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN