Letupan bom berhampiran sempadan Kanchanaburi - Utusan Malaysia

Letupan bom berhampiran sempadan Kanchanaburi

ASAP tebal akibat dua letupan di pekan Phyathnezu, Myanmar kelihatan dari pusat pemeriksaan sempadan Phra Chedi Sam Ong di daerah Sangkhla Buri, Kanchanaburi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANCHANABURI: Dua letupan bom dilaporkan berlaku di Myanmar, berhampiran sempadan wilayah barat Thailand, Kanchanaburi semalam.

Lapor Bangkok Post, bom pertama meletup pada pukul 10.10 malam diikuti dengan letupan kedua yang berlaku kira-kira 10.33 malam.

Letupan itu berlaku di pekan Phyathnezu di Myanmar dengan bunyi kuat kedengaran sehingga di pusat pemeriksaan sempadan Phra Chedi Sam Ong, daerah Sangkhla Buri.

Selepas kejadian itu, satu kebakaran berlaku di sebuah sekolah kira-kira 60 meter dari sempadan Thailand.

Kebakaran itu dapat dilihat dengan jelas dari pusat pemeriksaan sempadan Phra Chedi Sam Ong yang juga dikenali sebagai Three Pagodas Pass di kampung Moo 9 di tambon Nong Lu.

Pasukan tentera dari Lat Ya, polis peronda sempadan dan pegawai daerah dikerahkan ke pusat pemeriksaan sempadan untuk memantau kawasan tersebut.

Menurut seorang sumber pegawai keselamatan, bom yang meletup di sekolah menengah itu menyebabkan kerosakan pada dinding dan bangunan tersebut.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kematian dilaporkan.

Insiden letupan itu dipercayai menggunakan alat peledak improvisasi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya