Lelaki mahu nikahi mangsa rogol bawah umur - Utusan Malaysia

Lelaki mahu nikahi mangsa rogol bawah umur

SUSPEK bercakap kepada pihak media selepas terlibat dalam jenayah rogol itu. -KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gara-gara mahu menutup kesalahan, sebuah keluarga ingin menikahkan anak lelakinya dengan mangsa rogol yang masih di bawah umur di Bekasi.

Lapor Kompas.com, suspek, Ibnu Hajar Tanjung, 21, merupakan anak kepada anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD).

Suspek ditahan selepas menyerahkan diri ke Balai Polis Metro Bekasi Kota.

Peguam, Bambang Sunaryo berkata, walaupun keluarga suspek berniat menikahkan anaknya, namun, hal itu tidak akan menghentikan sama sekali proses undang-undang yang sedang berjalan.

“Saya berharap kita boleh menikahkan kedua-dua pasangan ini. Kita uruskan juga walaupun proses perundangan tetap berjalan,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan itu mendapat pelbagai kritikan termasuk daripada Pengerusi Lembaga Perlindungan Anak Indonesia, Seto Mulyadi yang meminta pihak polis bertegas menegakkan undang-undang.

“Memang ada sebahagian kes sebegitu, bernikah supaya dapat lari daripada undang-undang.

“Bernikah sahaja sudah salah kerana mangsa bawah umur apatah lagi melakukan serangan seksual. Apapun alasannya, melakukan hubungan seksual dengan remaja di bawah 18 tahun itu melanggar Undang-Undang Perlindungan Anak,” jelasnya.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN