TOKYO: Sebanyak tiga orang maut selepas sebuah kapal nelayan Jepun bertembung dengan kapal kargo Rusia di perairan di utara Pulau Hokkaido.
Menurut pengawal pantai Jepun, pihaknya dimaklumkan bahawa kapal kargo Rusia menemukan lima anak kapal nelayan di perairan tersebut.
“Kami diberitahu tiga orang meninggal dunia manakala dua lagi mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa,” kata jurucakap kerajaan Jepun, Katsunobu Kato.
Jepun dan Rusia terlibat dalam pertelingkahan kedaulatan terhadap empat kepulauan ditadbir oleh Moscow, yang dikenali sebagai Kepulauan Kuril.
Jepun menuntut hak wilayah ke atas kepulauan yang dipanggil Wilayah Utara itu.
Pertelingkahan sejak sekian lama itu menghalang kedua- dua negara daripada menandatangani perjanjian damai sejak Perang Dunia Kedua. – AFP










