Kampung paling buruk di Britain - Utusan Malaysia

Kampung paling buruk di Britain

PENDUDUK di Silverdale, Stafffordshire mengadu bau busuk dari tanah berhampiran kawasan perumahan selema beberapa tahun. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penduduk di kawasan perumahan Silverdale mengalami waktu sukar apabila terpaksa berhadapan bau busuk hampir setiap masa ekoran timbunan sampah yang dibuang di sebuah tanah berdekatan.

Situasi itu menyebabkan kawasan itu diberi gelaran sebagai perkampungan yang paling busuk di Britain.

Lapor Metro, bau yang kurang menyenangkan itu menyebabkan penduduk menggunakan pelbagai cara untuk menutup pintu dan tingkap rumah mereka daripada dihidu oleh penghuni.

Malah, terdapat kebimbangan dalam kalangan penduduk mengenai tahap hidrogen sulfida yang melepasi garis panduan ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tanah itu dipercayai merupakan Kuari Walleys, sebuah tapak pelupusan sampah terletak di Newcastle yang dikendalikan oleh Red INdustries.

Lebih 5,000 aduan diterima mengenai masalah bau busuk dari kawasan terbabit seperti sisa sampah dan lampin pakai buang.

Penduduk mendakwa bau busuk itu turut menjejaskan kesihatan sehingga mengalami batuk, sakit kepala, serangan asma, tekanan dan gangguan tidur. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya