Jerman benarkan vaksin AstraZeneca untuk semua golongan dewasa - Utusan Malaysia

Jerman benarkan vaksin AstraZeneca untuk semua golongan dewasa

MARGARET Keenan menjadi individu pertama di dunia menerima vaksin Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERMAN: Negara ini akan membenarkan suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca kepada semua golongan dewasa tanpa mengira peringkat umur dan turut merancang menawarkan suntikan tersebut kepada remaja berusia 12 hingga 18 tahun hujung Ogos ini.

Menteri Kesihatan, Jens Spahn berkata, seramai 16 menteri kesihatan di wilayah negara itu menyatakan persetujuan dengan Spahn untuk menarik semula keputusan sebelum ini bagi menyekat suntikan AstraZeneca kepada individu berumur lebih 60 tahun.

Beliau malah memaklumkan jurang masa selama 12 minggu antara suntikan pertama dan kedua vaksin itu akan dipendekkan.

Sebelum ini, kekurangan bekalan awal vaksin dan kerenah birokrasi menyebabkan Jerman yang menguasai ekonomi terbesar di Eropah mengalami kelewatan dengan strategi vaksinasi.

Menurut Spahn, langkah itu sudah dilakukan di beberapa negeri di Jerman serta dilakukan secara sukarela dan doktor keluarga akan memutuskan cara terbaik memberikan vaksin.

Sehingga kini, data daripada Institut Robert Koch menunjukkan seramai 30.6 peratus populasi Jerman atau 83 juta orang menerima suntikan pertama serta 8.6 peratus sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya.

Mac lalu, berpuluh-puluh negara terpaksa menghentikan suntikan vaksin AstraZeneca dan menyekat penggunaannya kepada golongan lebih berusia.

Bagaimanapun, beberapa negara sudah menyambung semula penggunaannya sama ada secara sepenuhnya atau sebaliknya selepas pengawal selia kesihatan mendapati manfaat suntikan itu melebihi risiko. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya